CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 10, 2008

pindah lagi...

Aku pindah umah lagi...untuk kali kedua tahun ni...tahun ni je da 3 umah aku duk...umah 1st tuan umah nak jual umah dia, so aku kena pindah walaupon aku tak mao...Umah kedua pulak sal tuan rumah aku tuh takleh nak diajak berbincang (aku tak taw kenapa orang yang da pegi Makkah dan bergelar Hajjah punya sikap yang sangat annoying)...Umah yang aku sewa tuh mengalami masalah, yang pada aku yang agak pemalas ni rasanya AMAT BESAR...masalah itu ialah : setiap kali hujan turun, rumah aku akan mengalami 'kebanjiran'...Najis + sampah sarap + air longkang berpusu2 keluar melalui saluran air keluar di toilet and bathroom. tersangat la sakitnya hati aku, terutama sekali dikala aku sahaja yang ada di rumah, kerana itu membawa makna akulah yang terpaksa membersihkan toilet + bathroom + dapur aku yang menjadi kotor dan berbau itu sendirian...Baunya, takyah la nak cerita, sendiri tau la ye!

Maka aku pun mendesak husband aku berjumpa ngan Hajjah Tuan Tanah itu supaya dapat diberitakan mengenai permasalahan tu...Lau dapat kurangkan sewa, lagi la afdal..hehe...Malangnya, Hajjah tu memang seorang yang amat annoying + irritating = menyakitkan hati. Dia bukan sekadar refuse nak dengar problem yang kitorang alami, malah berulangkali menyatakan yang semasa dia tinggal dirumah tu, tak pernah sekali pon banjir. Tu dia punya pasal la, sebab the point is, masa kitorang tinggal disitu selama 4 bulan, hampir sepuluh kali mengalami kebanjiran...Well, disebabkan dia refuse nak settlekan problem tu, maka husband aku dengan 'hanginnya' ajak aku pindah...And off we move out AGAIN...

Disebabkan kewangan yang agak tipis, begitu juga masa yang diperuntukkan untuk mencari rumah baru, maka kami tak punya banyak pilihan. Dalam semalaman, kami berjaya menemukan rumah yang tak begitu menarik hati, tetapi rasanya sesuailah untuk kami berdua (for the time being). Alhamdulillah. Misi berjaya. Keesokan harinya, kami pun bergotong-royong memindahkan barang dari rumah teres setingkat ke rumah flat tingkat dua, somewhere in Pasir Gudang. Why Pasir Gudang? Later I'll tell. Dan, right before breaking fast, kerja-kerja pemindahan dan mengemas barang di rumah baru selesai dilakukan...

Actually, walaupun aku kurang berminat duduk di rumah yang berskala kecil, but I find it's much easier to maintain. Ok la tuh, husband aku pulak tak abes-abes cakap "sabar ye, nanti kita carik rumah lain..."...hik...aku lom komen ape-ape lagi, dia dah pujuk aku dulu..hehe...

Anyway, aku selesa ngan rumah aku tu (;P) walaupun kurang selesa ngan keadaan kejiranan di situ. Bayangkanlah, bebudak (anak2 jiran aku), asal aku bukak pintu, dorang boleh bergayut kat grill sambil tengok kitorang menonton tv menggunakan TV Sony Bravia Flat Screen 32" aku tuh..hik..cam dalam aquarium la pulak...isk..sungguh aku tak selesa...Dek kerana aku rasa da macam Puteri Duyung sedang berenang yang di perhatikan, maka aku pun menutup pintu dengan selambanya!Hukakakakaka...Pueh ati aku..

Oops..terlupa pulak aku, pada malam sesudah kami memindahkan barang-barang, berlakunya satu kejadian yang agak menakutkan, iaitu pergaduhan antara Melayu dan India di blok aku tu (kenapa mesti blok aku?berapa banyak blok flat yang ada kat taman tu, kenapa mesti blok akuuuu?), dan polis pun bersepah-sepah di kawasan flat aku tu, to be exact, kat blok aku tu la...bukan setakat ada kat blok, polis juga turut mengadakan sekatan jalanraya berhampiran persimpangan jalan yang menuju ke blok aku tu. Aduss...rimas betul aku...Dah la aku ni satu pengenalan diri pun takde sebab purse aku hilang, polis pulak punyalah ramai kat situ...Emm...

Malam tu, aku ngan husband aku tak tau nak cakap ape...kitorang tergelak aje la mengenangkan peristiwa yang berlaku tak berapa lama selepas aku menghuni flat dia taman ini... ;D

0 comments: