CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 10, 2008

Hilang Purse, Lagi?

Purse ilang...tak taw aku letak kat mana...sume isi perutnye pon ilang...

Semalam aku pegi JPN Negeri Johor untuk wat MyKad baru. Pukul 2 petang baru terhegeh-hegeh nak wat, sebab paginya aku busy like hell. Tapi, walaupun pergi pukul 2, tapi less then 1 hour nombor giliran aku dipanggil. Oleh kerana aku dah kehilangan I/c sebanyak dua kali, maka kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM200 + RM 10 bayaran permohonan, yang membawa maksud aku kena keluarkan RM210 untuk buat MyKad baru. Aduss..dah lah baru pindah rumah, kena travel jauh, lagi nak kena keluarkan duit nak bayar kompaun MyKad hilang pulak! Tapi, Puan Safinah (Pembantu Pendaftaran N17) yang cantik tu tanya pulak kat aku, sama ada aku masih belajar lagi atau tak dan minta aku bawa sebarang bukti pengenalan pelajar...Aku terus teringat pada kad matrik aku dalam dashboard kereta...Aduss...kena patah balik ambik kad matrik pulak...Tapi aku gagahkan juga untuk berjalan kaki ke parking lot Tingkat 2 Menara TH untuk mengambil kad matrik aku...

Ok, selesai. Aku pun turun semula, dan berjalan kaki dengan pantas menuju ke Wisma Persekutuan. Singgah photostate kad matrik, dan aku terus menuju ke JPN. Naik tangga. Sampai JPN. Puan Safinah tengah layan customer. Aku tunggu. Then, bila dia selesai ngan customer dia, aku terus je duduk depan dia, hulur kad matrik aku. Dia semak, then bagi aku satu form 'pengecualian/pengurangan kompaun' untuk aku isi dan minta pegawai dia sign. Done. Aku pergi balik kat Puan Safinah, dia type2 ape ntah, aku scan ibu jari kanan n kiri. Done. Amek gambar pulak. Sampai turn aku, kena tukar tudung pulak, sal aku pakai tudung kaler pink, kata pegawai tu tak lepas. Aku pun tukar tudung kaler merah yang ade kat dalam bilik kecik kat situ. Done. Pehtu, aku potong queue, terus je jumpa Cik Andik. Dia perasan aku, sebab aku sekolej ngan dia. Aku tak tegur dia dulu, sebab aku takut dia tak perasan aku, tapi kalau da femes tu, sume orang pun kenal..wakakaka...(selingan). Amek gambar. Done. Dia cakap after 3 weeks try kol JPN, tengok MyKad da siap belom. Hik..Selesai satu perkara.

Pastu aku pergi balik kat kaunter Puan Safinah, dia takde..semayang kott..Aku tanya kat Puan kat sebelah dia sal KP Sementara. Dia claim takde, leh pakai resit rasmi tu aje. Aku da konfius. Tanya lagi 2 kali...dia bagi jawapan yang sama. Aku lagi konfius. Takpe la, aku turun bawah, pastu nampak pakcik kat kaunter bawah, aku tanya lagi. Agaknya dia tengok muka aku konfius gile, dia pun kata "Boleh pakai resit rasmi tu, sebab tu bukti awak wat pembayaran. Jangan risau-risau, jangan konfius, nanti batal pose" sambil dia gelakkan aku...hik..konfius ngat kot muka aku time tu..

Then aku balik opis, aku nampak PTD M41 aku tgh borak2 ngan PPT N27 (jiran aku). Aku pon masuk mencelah perbualan dorang. Aku bitaw la yang aku baru lepas wat MyKad baru, sok (arini) nak wat lesen. Dia ngan muka seriusnya bitaw aku yang lau nak wat lesen kena bawak IC Sementara. Aku cakap la aku tak dapat. Isk..takleh jadik ni, aku pon amek no. fon JPN, kol dorang tanya. Baru la aku taw, IC Sementara tu habis, dan dorang suruh aku datang esoknya (arini).

Pagi2 tadi aku kol JPN tanya IC Sementara tu dah boleh ambik ke belom...dorang kata tak sure leh bagi pagi ni atau tak...suruh aku kol semula pukul 2 petang...

Huh...tunggu lagi...

Lesen pun kena la tunggu jugak...hehe

2 comments:

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s said...

cik puan bulan yg bulat, gi carik perkataan "jinx" dlm kamus. kalo dah jumpe, balik rmh mak nanti kite gi mandi air bunga kat bawah jmbatan ek!

p/s: klasik sungguh lagu nih. i like!

Bulan Yang Chomel said...

uiks...
takyah carik kamus cik donut, kita slalu tgk citer cina, subtitle english...taw da..hahaha